pastikan system tegangan (drag) dan gelendung kekili diketatkan sebelum membilas dengan air. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki dalam badan kekili (housing). Membilas terutama selepas digunakan di laut bertujuan membuang kesan garam yang terlekat pada peralatan yang boleh mempercepatkan karat pada bahagian tertentu.Biarkan ia kering seketika. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul.
Apabila ianya kering, longgarkan ia kembali drag dan gunakan WD-40 untuk menyembur bahagian yang bergerak terutamanya pengayuh, bahagian dalam gegelung tali dan sebagainya yang dirasakan perlu.Sekiranya tida WD-40 , anda boleh gunakan minyak singer sebagai alternatif. Harganya murah di pasaran tempatan.
Longgarkan drag kekili pada tahap minimum sebelum anda menyimpannya. Paling tidak,minyak gris perlu ditukar untuk menjamin keberkesanan dan ketahanan gear itu sendiri. Jangan sekali rendam kekili dalam air sama ada air masin mahu pun tawar.
No comments:
Post a Comment