Kebanyakan ikan di pantai amat peka pada persekitaran dan perubahan pasang surut air.
Ikan di kawasan ini lebih aktif apabila menjelang air pasang terutama pasang besar apabila ikan mara rapat ke pantai mencari makanan.
Peluang untuk menjerat ikan lebih terbuka pada waktu malam kerana waktu ini ikan biasanya tidak menyedari kehadiran manusia berhampiran. Jika dirujuk carta pasang surut air, banyak tempat menunjukkan air pasang pada lewat petang dan awal pagi. Jadi, kedua-dua waktu ini masa terbaik untuk memancing di pantai.
Selain merujuk pasang surut air, musim ikan kecil rapat ke pantai seperti bilis juga adalah musim terbaik memancing. Kehadiran bilis ke pantai turut membawa bersama pemburu yang mengikuti gerombolan bilis yang amat digemari kebanyakan ikan di pantai seperti gerung belang, ebek, gelama, haruan tasik mahupun pari.
Pelbagai jenis umpan boleh digunakan ketika memancing di muara. Pilihan umpan biasa dirujuk kepada jenis ikan yang ingin dipancing dan umpan yang biasa ditemui atau digunakan di kawasan itu. Namun umpan lumrah di muara ialah udang hidup adalah paling mujarab, perumpun atau hirisan ikan. Memilih mata kail sama seperti pilihan terhadap umpan. Malah saiz mata kail boleh ditentukan dengan kecil atau besar umpan yang digunakan.
No comments:
Post a Comment