Tangsi pada gelendung perlu diperiksa sekali - sekala terutama sebelum turun memancing. Gelendung tali perlu dijirus dengan aiur bersih supaya air masin tidak terkumpul dan membentuk lapisan garam di dalam gelungan tali. Tali kelihatan bersih dan akan melancarkan pergerakannya sewaktu keluar dari gelendung.
Sekiranya terdapat tali yang dah calar, buang saja dari mengelakkannya ianya putus sewaktu di padang pancing. Nanti ramai yang menyesal apabila tali putus tiba-tiba ketika bertarung dengan ikan besar. Jangan sama sekali menarik tali sangkut dengan joran. Tarik tali sangkut dengan tangan kadang kala boleh mencederakan.
Paling sesuai bagi saya ketika menarik tangsi tersangkut ialah menggunakan koyan kecil yang kosong. Calar bermakna kekuatan tali sudah menurun , akhirnya putus akan mengambil alih ketika pemancing tidak mahu kehilanagn hasil. Alamak ruginya