Popper seperti nama yang diperolehinya adalah gewang yang mengeluarkan bunyi "pop" apabila dikarau diatas permukaan air. Bunyi yang terhasil ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan bunyi ikan2 kecil (baitfish) atau pun bahan makanan lain yang boleh menarik minat ikan pemangsa untuk mengintainya. Ada kemungkinannya bunyi "pop" ini seolah-olah terdapat aktiviti dipermukaan air (surface feeding activity) dan ini akan membawa ikan2 lain dibawah termasuk pemangsa kepermukaan; mungkin kerana sifat ingin tahu atau untuk berkongsi makanan.
Hampir kesemua gewang jenis ini berbentuk melengkung dan berlekuk dibahagian kepalanya yang fungsinya mengeluarkan bunyi bising (noisemaker) dan sebagai daya penarik (attractor) dengan percikan dipermukaan air. Ini dapat dicapai dengan membuat karauan secara berterusan dengan kelajuan tertentu dikawasan yang terdapat sambaran pada kawanan ikan (baitfish) oleh pemangsa. Terdapat pelbagai cara menggerakkan popper agar ia dapat menarik perhatian ikan2 besar seperti karauan perlahan dan berhenti (retrieve and pause) untuk beberapa saat atau dengan sentapan ringan (jerking) keatas atau kebawah pada hujung joran sambil membuat karauan. Popper sebenarnya boleh digunakan dikedua2 bahagian samada air tawar atau pun air masin (lautan).
Dinegara kita ia juga popular bagi pemancing haruan,toman dan sebarau dan tidak dinafikan lagi ia adalah pembunuh bagi spesis "trevally" seperti cupak,among dan gerpoh dilautan. Untuk menghasilkan gerakan dan bunyi ,hujung joran hendaklah diangkat pada paras 45 darjah dan lakukan karauan mengikut variasi sesuai pada situasi tertentu. Kebiasaannya ikan akan menyambar dari bahagian belakang (ekor) popper tersebut dan akan terus membuat benaman. Peralatan yang baik dan tahan lasak diperlukan untuk mengekang hentaman dan larian ikan terutamanya dari spesis GT.Popper amat berkesan ketika terdapat aktiviti dipermukaan (feeding frenzy);seperti ketika memburu toman dan sebarau ataupun spesis "trevally" dilautan dengan melakukan karauan yang laju. Namun ia juga boleh menarik perhatian pemangsa lain kalau balingan dibuat dikawasan reba atau kawasan pilihan lain yang mempunyai struktur seperti tebing batu,benteng pemecah ombak atau pun tiang2 jambatan.Popper berkesan digunakan ketika awal pagi dan lewat petang,malam dan ketika cuaca mendung.
No comments:
Post a Comment