Saturday, March 3, 2007

memacing kolam...




SOAL: Saya berminat memancing ikan pacu dan leekoh yang banyak terdapat di tasik mahupun kolam di Perak. Boleh terangkan umpan yang sesuai untuk memancingnya?


JAWAB: Pacu adalah sejenis ikan omnivor yang sifatnya boleh makan apa saja makanan. Untuk kolam, ramai pemancing memilih teknik dasar dengan umpan campuran dedak terutama jenis dedak jenama Hong. Selain dedak, pacu jarang menolak umpan cengkerik, cacing tanah mahupun lipan.

Umpan lain ialah perut dan hati ayam.


Bagi penggemar casting, pacu turut membaham gewang dan soft plastic. Gewang sesuai ialah jenis selaman sederhana saiz kecil kerana mulutnya kecil.Oleh kerana pacu memiliki barisan gigi tajam, perambut kasar dan tali jenis sulam menjadi pilihan. Ikan leekoh pula gemar makan di dasar.


Gunakan dedak Hong seperti memancing rohu dan patin. Leekoh gemar menyelongkar dasar. Kehadirannya boleh dikesan melalui buih halus timbul di permukaan. Ia juga menyebabkan persekitaran air menjadi keruh. Jika berlaku fenomena begini, bersedia untuk membuat sentapan kerana mangsa sedang mengerjakan umpan dedak.

No comments: