Thursday, April 2, 2009

Thursday, March 26, 2009

Aku pencinta alam

Malam indah di sungai kelebur
bertaburan bintang menghiasi langit yang kabur
sedetik hati ku tersentak dan berfikir
kemana menghilangnya sang rembulan
yang selama ini menerangi alam

hebatnya kekuasaan pencipta alam
mentadbir malam dan siang
tanpa bantuan dan pertolongan
sedih pilu hati ini melihat kemusnahan
buatan tangan makhluk bernama insan
dimanakah kesedaran?
dimanakah keperihatinan....

mengalir air mata sederas air jeram
bila melihat hutan rakus ditebang
kerana ketamakan dan mencari kekayaan
sungai yang hampir kepupusan ikan
semua itu adalah angkara insan

Wahai sahabat ku sekelian
ketahuilah bahaya setiap ciptaan tuhan
mempunyai perasaan
kesihanilah alam
siapa insan tanpa alam......

Tuesday, February 3, 2009

trip bersama KNF

Trip pembuka tirai 2009 group KNF( kakingail forum) ke Anglers rakit paradise kenyir.. yg telah dianggotai seramai 12 org pemancing. trip ni diketuai oleh sy sendiri papamafia.. merupakan trip yg santai dan enjoy.. hasil tangkapan pun boleh tahan... pertandingan memancing untuk berbagai kategori ada juga diada kan untuk memeriah kan lagi KNF..
untuk melihat laporan penuh trip ni sila lah ke
http://kakingail.freeforums.org/kenyir-la-vida-loca-t143.html

Temoleh seberat 11kg
Temoleh seberat 9kg

Toman baru nak dewasa pun kena sebat

Uncle spoting pak mertua nazlee..sempoi
















Thursday, December 18, 2008

Anglers rakit paradise

saje nak tolong kekawan je ni.... nama tempat ni "Anglers paradise rakit" harga untuk penginapan disini RM300 sorang termasuk makan, bilik, umpan serta speed bot yang boleh dipandu sendiri..... harga boleh dirunding ( mengikut kata tuan punya rakit house)

Kalau berminat boleh lah hubungi 017-9612844























Kalau ada sesiapa berminat hendak bermalam sambil memancing disini boleh lah hubungi 017-9612844

Sunday, December 7, 2008

Tasik kenyir 5 -6 dec 2008

Ni ada lah trip penutup untuk tahun 2008 dalam kalendar tahunan lubuk terengganu. Trip ni telah berjalan dengan berjaya... tahniah kepada semua yg menyertai trip ni.. semua Hasil ada lah menggunakan teknik casting.... lure yg paling berkesan TD7, Halco tiger dan juga spon..

Nak citer banwak pun malas lah.. tengok lah hasil kat bawah tu... lupa nak cakap trip ni di anggotai oleh 8 org pemancing. 2 tukang masak dan 2 pencari kelisa...


Sembang untuk menghilangkan kan boring.. 5jam perjalanan dari jeti jenagor ke lokasi taman negara

bukit yang menyerupai sejenis binatang... apa kah dia????? he..he.he soalan poknik

Tetamu di tengah malam.. masa hujan dah slow down sikit... lokasi di muara sungai cacing.. baby ular sawa datang melawat

Pintu masuk sungai cacing ditutup kepada pemancing...

Baju hujan baru... direka khas oleh papamafia..hi..hi...hi..

Ni edisi termenung tunggu hujan berhenti.. he..h.e.he 3 hari masuk 3 hari hujan tak berhenti

Tom denga sebarau pertama di "lubuk Pokni"... lubuk ni diberi nama kerana pokni org pertama mendapat sebarau dan lokasi ni menarik.. sekali pandang mcm tak ada port mancing kat dalam.. tapi bila masuk mmg cantik lah tempatnya...

Hasil pertama pokni di lubuk poknik

Baru dapat lesen casting he..he.he toman seberat 2kg.. boleh lah tahan tarikannya... terima kasih sifu..






Hasil terbesor pokni.. 1.5kg casting di area pulau kecik.. tak sampai 5min terus mengena

Sebahagian dari hasil yg dah kojol... he..he..he hasil keseluruhan 3hr 2mlm... 40 ekor sebarau, 5 ekor baung, 4 ekor peras, 2 ekor lampam dan 2 Toman



kenangan di tasik kenyir.. nanti kita akan turun lagi