Sunday, October 19, 2008

trip casting vs bottom - sungai kertih

NI kira trip belajar casting... sepanjang casting hari ni sekor pun aku tak dapat.. banyak lagi yg perlu aku belajar... aku cuma dapat dengan tekni membotom je..tapi kawan aku ni syukur atau nama samarannya "sikang".. mmg handal casting...banyak jugak lah dia dapat....

apa pun aku tak pernah putus asa untuk belajar casting ni.. he..he.he biar pun ikan tak dapat.. gewang dah beli beratus ringgit dah... tapi semua tu adat memancing lah..

Seawal 730 pg aku bertolah dari rumah... tak sabar rasa nak sampai he..he..he


Jalan masuk kat port pertama... muara sungai kertih

Permandangan muara sungai kertih

Ikan pertama.. ikan tanda

Kerapu pertama.. muara sungai kertih

Kerapu ke2

Ni lah otai casting he..he.he. ikan sumpit

Ni posing je...siakap merah ni org lain yg dapt he..he.he

NI port ke2 bawah jambatan kertih


Hasil tangkapan yg sempat di ambik gambar... he..he.he. yg lain tinggal kat dalam kete nun jauh...


Saturday, October 18, 2008

Yusof Ismail Juara memancing 1995 besut

Hj, Yusof Ismail tidak asing lagi bagi penduduk di Felda tenang Besut Terengganu. Beliau ada lah juara pertandingan memancing tahun 1995. Dan beliau juga telah banyak memenangi pertandingan memancing yang lain. Beliau kini telah berusia 70th dan mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi serta lemah jantung... tapi kini kesihatan beliau semakin bagus dan masih mampu untuk memancing...

Walaupun telah berusia tapi beliau masih lagi mengajak aku untuk memancing bersama beliau.. dan kata beliau lagi.. di Felda tenang dia terkenal dengan nama " pak Usop Ngail" nama gelaran yang di beri oleh penduduk setempat.



Pintu masuk ke Felda tenang besut terengganu

Ini lah gambar Yusof Ismail ( pak sepupu aku) juara pertandingan memancing tahun 1995

Senjata yang telah menobatkannya sebagai juara memancing

Tongkat yang diperbuat dari rod pancing

Sijil penghargaan beliau

Friday, September 26, 2008

Memancing di benteng kuala terengganu

Seawal pagi aku terlah tergongok menunggu along ( berocat) dan kawan dia datang.. Lokasi menunggu depan MAA. Along sampai dalam pukul 645am.. kami terus menuju ke port memancing.
Lokasi : break water belakang Primula
Umpan : udang hidup

Kami memancing sampai pukul 9am je.. pasal umpan habis dan lagi satu.. panas matahari.. tak tahan.. bulan pose he..he.he nanti ada yg bedal air laut.. Kalau tak ada aral melintang malam sehari sebelum raya nanti nak pergi lagi komplot kat sana..


Permandangan hujung benteng
Tangkapan pertama.. baby gerpoh atau GT
Double hook dari bro along .. jeles aku - Baby Jenahak


Teknik pakai batu kecik... dapat gak baby Jenahak


Ikan todak merupakan pengacau umpan yang rakus.. tension aku di buatnya.. kalau umpan lambat tengelam.. pasti dia dulu yg sambar


Gigi nya yang tajam boleh meluka kan tangan..


Hasil tangkapan keseluruhan.. boleh lah buat lauk buka pose he..he..he

Sunday, August 31, 2008

belajar casting di telok gadong dungun

Lama dah tak update blog ni.. dah nak bersawang he..he.he. Hari ni tepat pukul 7am aku bersama 2 juru gambar kecik turun ke telok gadong dungun ( sebelah UITM dungun). Program hari ialah belajat casting... biasa lah barang dah ada cuma tak pandai je nak guna. Yang aku pelik tu.. 3 ekor ikan kerong yg sambar popper aku semuanya kecik... nak sama besar ngan popper aku.. he..he..hehe mmg pelik tapi benar.... sekarang ni dah boleh lah guna BC kira ok lah.. esok ingat nak pergi lagi sekali.. mungkin masa air dah masuk penuh.. tengok apa hasil pulak esok



Permandangan telok gadong
Pelajar sekolah casting....he..he..he

Juru gambar kecil he..he..he




Ikan pertama Ikan kerong.. Poper sama besar ngan ikan.. mmg berani ikan ni he..he..he

Ikan kedua pun ikan koreng jugak...

Juru gambar kecil ni pon nak posing gak.. aysik dia je yg ambik gambar he..he..he.he

Tuesday, July 22, 2008

dari melaka ke terengganu 2 dalam 1

Pada 17hb aku ada audit di Taiko drum melaka.. Biasa lah kaki pancing tak akan melepaskan peluang yang ada. Jadi pada malam 17hb tu pukul 9pm - 12am aku dan kawan aku Aide memancing di kolam Mat jeff alor gajah melaka. lokasi kolam tu memang bagus tepi jalan. ikan boleh tahan juga.. sepanjang malam tu aku sendiri dapat 3 tarikan hebat.. 2 putus cuma 1 saje yg dapat didaratkan.. Keli seberat 5.2kg ( gmbar lupa nak ambik).. ikan ni aku jual kat tuan kolam dapat lah RM2 he..he..he. Tapi apa yg penting bagi kaki pancing adalah kepuasan melayan ikan.

Kawan aku dapat patin seberat 4.5kg . kami berangkat ke A'farmosa pukul 12am. kerana esok kami ada audit.. nanti kantoi.. tidor kat dalam meeting he..he..he

Pada 18hb july selepas audit kami pun berangkat pulang ke terengganu.. onthe way nak balik kami singgah dekat kolam "Blue Lagon" Johol tampin negeri sembilan... kat kolam ni lain pulak ceritanya.. kolam ni tokey akan beli ikan rm5 sekilo dengan syarat mata kail kena kat mulut ( bow - istilah yg dia pakai) he..he.he.. tak nak cerita panjang lah... saksikan gambar dibawah...



Kap atau tongan sisik halus seberat 6.5kg








Tokey kolam kat johol negeri sembilan




Patin seberat 4.5kg di kolam mat jeff alor gajah melaka....






Kalau berposing mesti tempat ada ikan he..he..he.he ni lepas meeting kat A'farmosa


Posing dekat kolam pancing A'farmosa resort... nak memancing tak dapat pasal kolam dah tutup

Saturday, June 14, 2008