Sunday, August 12, 2007

Kenyir 2nd trip

Ikan lampam bermain kat tepi resort je...

Ni bot yang aku guna untuk keluar memancing..pandu sendiri..he..he..he..

Ni port depan bilik aku..port memancing bagi yang malas nak naik bot.

Permandangan Rakit Peradise resort.. simple je.. tak ada lah mcm 5 star hotel. sekadar basic je... Kat sini HP pun tak ada line..jauh kedalam hutan.. tapi best... bila malam tak ada dengan bunyi kenderaan. sejuk..udara nyaman... bila bernafas rasa macam luas je lubang hidung ha..ha..ha..

Aku & the geng dengan hasil tangkapan....he..he..he yang lain tu dok melayan anak kaloi je..

Trip kali ni kira OK lah dari trip yang lepas... banyak jugak lah ikan yang dapat. Ikan kelas A kita orang suruh org kat resort tu masak menjadi santapan tengahari kami..he...he..he.. masak stim..best......

Tuesday, June 19, 2007

Memburu Toman di tasik kenyir

Ni permandangan House bot yang kami naik...

Sekor ikan toman kena kenduri... buat lauk makan malam...








Operasi memangil ikan oleh abang tekong kami...tabur umpan sawit panggil ikan lampam..





Memacing kat tepi house bot je... seronok pasal tak mabuk macam kat laut



Ni lah peralatan perang kami nak melawan toman




Trip kami kali ni disertai oleh 11 org... kami bertolak dari jety sungai gawi pukul 11am dan sampai ditempat memancing pukul 2pm. Nama tempat kami memancing ialah mandok satu pulau di tasik kenyir..

Monday, May 14, 2007

memancing pantai


Lontanran nak kena kuat dan tepat...kena ada skill baru boleh pergi laju dan jauh

Joran untuk memancing pantai..panjang 15kaki...jenis Abu gracia


Tuesday, April 17, 2007

gambar memancing

nanti aku letak lagi gambar...pasal member aku ni mabuk lagi lah.. mabuk darat pulak...tidor pun rasa macam duduk kat dalam bot..


Team aku.... dapat no 7 je.... setakat tu je rezeki aku..

Jerung sirip hitam yang tewas..seberat 14kg

Bergambar bersama ikan tangkapan masing-masing


Ikan yang digantung selepas ditimbang


Pemandangan jambatan kuantan..


Permandang Tembeling Resort dari laut - tempat kita org tinggal

Permandang laut yang diambik dari bilik resort



Berbincang sebelum bergerak...kena pakai life jaket..

Piala pusingan..

Saturday, March 3, 2007

memacing kolam...




SOAL: Saya berminat memancing ikan pacu dan leekoh yang banyak terdapat di tasik mahupun kolam di Perak. Boleh terangkan umpan yang sesuai untuk memancingnya?


JAWAB: Pacu adalah sejenis ikan omnivor yang sifatnya boleh makan apa saja makanan. Untuk kolam, ramai pemancing memilih teknik dasar dengan umpan campuran dedak terutama jenis dedak jenama Hong. Selain dedak, pacu jarang menolak umpan cengkerik, cacing tanah mahupun lipan.

Umpan lain ialah perut dan hati ayam.


Bagi penggemar casting, pacu turut membaham gewang dan soft plastic. Gewang sesuai ialah jenis selaman sederhana saiz kecil kerana mulutnya kecil.Oleh kerana pacu memiliki barisan gigi tajam, perambut kasar dan tali jenis sulam menjadi pilihan. Ikan leekoh pula gemar makan di dasar.


Gunakan dedak Hong seperti memancing rohu dan patin. Leekoh gemar menyelongkar dasar. Kehadirannya boleh dikesan melalui buih halus timbul di permukaan. Ia juga menyebabkan persekitaran air menjadi keruh. Jika berlaku fenomena begini, bersedia untuk membuat sentapan kerana mangsa sedang mengerjakan umpan dedak.

Tuesday, February 20, 2007

menjaga tali pancing




Tangsi pada gelendung perlu diperiksa sekali - sekala terutama sebelum turun memancing. Gelendung tali perlu dijirus dengan aiur bersih supaya air masin tidak terkumpul dan membentuk lapisan garam di dalam gelungan tali. Tali kelihatan bersih dan akan melancarkan pergerakannya sewaktu keluar dari gelendung.


Sekiranya terdapat tali yang dah calar, buang saja dari mengelakkannya ianya putus sewaktu di padang pancing. Nanti ramai yang menyesal apabila tali putus tiba-tiba ketika bertarung dengan ikan besar. Jangan sama sekali menarik tali sangkut dengan joran. Tarik tali sangkut dengan tangan kadang kala boleh mencederakan.


Paling sesuai bagi saya ketika menarik tangsi tersangkut ialah menggunakan koyan kecil yang kosong. Calar bermakna kekuatan tali sudah menurun , akhirnya putus akan mengambil alih ketika pemancing tidak mahu kehilanagn hasil. Alamak ruginya



joran yang digunakan tidak terkecuali untuk dibilas dan dicuci setiap kali selepas trip memancing. Ramai yang berbangga menggunakan cincin SiC yang tahan karat dan terbaik, namun saya biasa jumpa cincin jenis ini juga berkarat dan rupanya macam kurap!


Kadangkala empunya joran lupa mencuci kotoran yang terlekat di celah - celah kaki cincin terutama yang kecil. Kotoran ini mempercepatkan tindak balas oksidasiyang akhirnya membentuk karat pada cincin. Pemegang joran perlu disental dengan air sabun atau syampu lembut untuk menanggalkan kesan bau yang tidak menyenangkan. Sapukan lilin pada penyambung besi supaya ia senang ditanggalkan dan mengeluarkan bunyi 'pop' setiap kali dicabut keluar