Tuesday, July 22, 2008

dari melaka ke terengganu 2 dalam 1

Pada 17hb aku ada audit di Taiko drum melaka.. Biasa lah kaki pancing tak akan melepaskan peluang yang ada. Jadi pada malam 17hb tu pukul 9pm - 12am aku dan kawan aku Aide memancing di kolam Mat jeff alor gajah melaka. lokasi kolam tu memang bagus tepi jalan. ikan boleh tahan juga.. sepanjang malam tu aku sendiri dapat 3 tarikan hebat.. 2 putus cuma 1 saje yg dapat didaratkan.. Keli seberat 5.2kg ( gmbar lupa nak ambik).. ikan ni aku jual kat tuan kolam dapat lah RM2 he..he..he. Tapi apa yg penting bagi kaki pancing adalah kepuasan melayan ikan.

Kawan aku dapat patin seberat 4.5kg . kami berangkat ke A'farmosa pukul 12am. kerana esok kami ada audit.. nanti kantoi.. tidor kat dalam meeting he..he..he

Pada 18hb july selepas audit kami pun berangkat pulang ke terengganu.. onthe way nak balik kami singgah dekat kolam "Blue Lagon" Johol tampin negeri sembilan... kat kolam ni lain pulak ceritanya.. kolam ni tokey akan beli ikan rm5 sekilo dengan syarat mata kail kena kat mulut ( bow - istilah yg dia pakai) he..he.he.. tak nak cerita panjang lah... saksikan gambar dibawah...



Kap atau tongan sisik halus seberat 6.5kg








Tokey kolam kat johol negeri sembilan




Patin seberat 4.5kg di kolam mat jeff alor gajah melaka....






Kalau berposing mesti tempat ada ikan he..he..he.he ni lepas meeting kat A'farmosa


Posing dekat kolam pancing A'farmosa resort... nak memancing tak dapat pasal kolam dah tutup

Saturday, June 14, 2008

Thursday, May 8, 2008

Trip memancing di Kuantan

Tahun ni trip memancing KTSB berlangsung di kuantan pahang. Aku bertolak dari rumah seawal 730am terus ke optimal pickup kawan 2org kat sana lepastu sampai lah kat KTSB ( check point). Peserta yang lain pergi kekuantan menggunakan kenderaan yg disediakan ( Bas) tapi aku dengan geng aku 3 org naik kete sendiri..

Sampai kat jeti Peramu kuantan lebih kurang 1120am.. selepas mendengar taklimat lebih kurang 30min kami semua terus bertolak ke lokasi memancing. Tahun ni 7 bot yang turun memancing. Tekong bot aku nama abg mie era....nama glamor tu.

aku org pertama mendapat ikan menggunakan teknik trolling.. keluar je kuala aku terus melabuhkan rapala aku.. lebih kurang 1 batu dari kuala kuantan rapala aku disentap kuat oleh ikan.. apa lagi aku bagi isyarat kat tekong bot supaya berhentikan bot. lebih kurang 10min aku berjaya menewaskan ikan barakuda ( alu-alu) seberat 5kg terus menobatkan aku sebagai pemenang ke3 ikan terberat individu...








Rapala ada lagi terlekat kat mulut ikan tu.he..he..he rapala baru beli

Coral(batu karang) pun boleh naik aku pun hairan batukarang ni makan umpan ke apa he..he..he tapi mmg cantik ianya hidup...lepas tangkap gambar ia dilepaskan balik untuk menjaga habitatnya


Org sini panggil yu bodoh ni pun lepas ambik gambar dan timbang kami lepaskan


Permandangan laut yg tenang..kat atas pelampung tu ada burung camar he..he..he


Tak ada keje nak buat sembang lah pasal reel klasik




Tempat ke3 je....he..he..he.he

Ni peserta kat dalam bot aku.. aku lah kapetennya..he..he..he.he

Monday, April 21, 2008

memancing kat kolam payamas tangkak johor

Baru-baru ni aku pergi ke Tangkak nak ambik adik aku yang baru tamat belajar kat kolej metrikulasi tangkak. aku lepak kat Hotel Sri ledang tengah pekan tangkak.. Biasa lah bosan duduk kat hotel aku pun merayap lah.. mencari kolam pancing.. jumpa lah kolam payamas...

Kolam ni baru je bertukar tangan pada hari aku pergi tu.. so ikan dia org tak masukkan cuma yang ada ikan yang lama-lama je kata tokey baru tu lah... Tapi org kat situ mmg mesra.. aku guna umpan dedak tapi 2 jam tunggu tak ada ikan nak makan....mungkin tak ada rezeki kot.. ni ada lah gambar yang sempat aku ambik masa kat sana..



Jalan masuk ke kolam payamas..dalam ladang kelapa sawit...suasana mmg gelap

NI gambar para pemancing yang telah memenangi pertandingan kat kolam ni...

He..he..he..he ni gambar rod aku ler.... tunggu sang ikan makan

Ni lah hasilnya...baby ketutu...he..he..he..he aku lepaskan lah dia pasal baby lagi lum lepas menyusu lagi....

NI pun baby talapia hitam.... aku lepaskan juga.. kesian nanti mak dia cari..he..he..he

Wednesday, January 9, 2008

trip memancing kuala koh Gua musang

Jalan baru melalui kenyir ke Gua Musang
Permit menangkap ikan di kuala koh....ikan hidup tak boleh bawa balik

Kenangan di pejabat perhilitan kuala koh

Jety menunggu..bot

Ni lah bot yang digunakan

Permandangan satu sudut di lubuk kaloi atas kuala koh

Kelah seberat 3.2kg yg tewas di tangan ku..he.h.e..he..



Sabar menanti kehadiran kelah membaham sawit peram....resipi rahsia mafia...ha..ha..ha.


Friday, November 16, 2007

Popper




Popper seperti nama yang diperolehinya adalah gewang yang mengeluarkan bunyi "pop" apabila dikarau diatas permukaan air. Bunyi yang terhasil ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan bunyi ikan2 kecil (baitfish) atau pun bahan makanan lain yang boleh menarik minat ikan pemangsa untuk mengintainya. Ada kemungkinannya bunyi "pop" ini seolah-olah terdapat aktiviti dipermukaan air (surface feeding activity) dan ini akan membawa ikan2 lain dibawah termasuk pemangsa kepermukaan; mungkin kerana sifat ingin tahu atau untuk berkongsi makanan.


Hampir kesemua gewang jenis ini berbentuk melengkung dan berlekuk dibahagian kepalanya yang fungsinya mengeluarkan bunyi bising (noisemaker) dan sebagai daya penarik (attractor) dengan percikan dipermukaan air. Ini dapat dicapai dengan membuat karauan secara berterusan dengan kelajuan tertentu dikawasan yang terdapat sambaran pada kawanan ikan (baitfish) oleh pemangsa. Terdapat pelbagai cara menggerakkan popper agar ia dapat menarik perhatian ikan2 besar seperti karauan perlahan dan berhenti (retrieve and pause) untuk beberapa saat atau dengan sentapan ringan (jerking) keatas atau kebawah pada hujung joran sambil membuat karauan. Popper sebenarnya boleh digunakan dikedua2 bahagian samada air tawar atau pun air masin (lautan).


Dinegara kita ia juga popular bagi pemancing haruan,toman dan sebarau dan tidak dinafikan lagi ia adalah pembunuh bagi spesis "trevally" seperti cupak,among dan gerpoh dilautan. Untuk menghasilkan gerakan dan bunyi ,hujung joran hendaklah diangkat pada paras 45 darjah dan lakukan karauan mengikut variasi sesuai pada situasi tertentu. Kebiasaannya ikan akan menyambar dari bahagian belakang (ekor) popper tersebut dan akan terus membuat benaman. Peralatan yang baik dan tahan lasak diperlukan untuk mengekang hentaman dan larian ikan terutamanya dari spesis GT.Popper amat berkesan ketika terdapat aktiviti dipermukaan (feeding frenzy);seperti ketika memburu toman dan sebarau ataupun spesis "trevally" dilautan dengan melakukan karauan yang laju. Namun ia juga boleh menarik perhatian pemangsa lain kalau balingan dibuat dikawasan reba atau kawasan pilihan lain yang mempunyai struktur seperti tebing batu,benteng pemecah ombak atau pun tiang2 jambatan.Popper berkesan digunakan ketika awal pagi dan lewat petang,malam dan ketika cuaca mendung.

Tuesday, November 13, 2007