Wednesday, January 9, 2008

trip memancing kuala koh Gua musang

Jalan baru melalui kenyir ke Gua Musang
Permit menangkap ikan di kuala koh....ikan hidup tak boleh bawa balik

Kenangan di pejabat perhilitan kuala koh

Jety menunggu..bot

Ni lah bot yang digunakan

Permandangan satu sudut di lubuk kaloi atas kuala koh

Kelah seberat 3.2kg yg tewas di tangan ku..he.h.e..he..



Sabar menanti kehadiran kelah membaham sawit peram....resipi rahsia mafia...ha..ha..ha.


Friday, November 16, 2007

Popper




Popper seperti nama yang diperolehinya adalah gewang yang mengeluarkan bunyi "pop" apabila dikarau diatas permukaan air. Bunyi yang terhasil ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan bunyi ikan2 kecil (baitfish) atau pun bahan makanan lain yang boleh menarik minat ikan pemangsa untuk mengintainya. Ada kemungkinannya bunyi "pop" ini seolah-olah terdapat aktiviti dipermukaan air (surface feeding activity) dan ini akan membawa ikan2 lain dibawah termasuk pemangsa kepermukaan; mungkin kerana sifat ingin tahu atau untuk berkongsi makanan.


Hampir kesemua gewang jenis ini berbentuk melengkung dan berlekuk dibahagian kepalanya yang fungsinya mengeluarkan bunyi bising (noisemaker) dan sebagai daya penarik (attractor) dengan percikan dipermukaan air. Ini dapat dicapai dengan membuat karauan secara berterusan dengan kelajuan tertentu dikawasan yang terdapat sambaran pada kawanan ikan (baitfish) oleh pemangsa. Terdapat pelbagai cara menggerakkan popper agar ia dapat menarik perhatian ikan2 besar seperti karauan perlahan dan berhenti (retrieve and pause) untuk beberapa saat atau dengan sentapan ringan (jerking) keatas atau kebawah pada hujung joran sambil membuat karauan. Popper sebenarnya boleh digunakan dikedua2 bahagian samada air tawar atau pun air masin (lautan).


Dinegara kita ia juga popular bagi pemancing haruan,toman dan sebarau dan tidak dinafikan lagi ia adalah pembunuh bagi spesis "trevally" seperti cupak,among dan gerpoh dilautan. Untuk menghasilkan gerakan dan bunyi ,hujung joran hendaklah diangkat pada paras 45 darjah dan lakukan karauan mengikut variasi sesuai pada situasi tertentu. Kebiasaannya ikan akan menyambar dari bahagian belakang (ekor) popper tersebut dan akan terus membuat benaman. Peralatan yang baik dan tahan lasak diperlukan untuk mengekang hentaman dan larian ikan terutamanya dari spesis GT.Popper amat berkesan ketika terdapat aktiviti dipermukaan (feeding frenzy);seperti ketika memburu toman dan sebarau ataupun spesis "trevally" dilautan dengan melakukan karauan yang laju. Namun ia juga boleh menarik perhatian pemangsa lain kalau balingan dibuat dikawasan reba atau kawasan pilihan lain yang mempunyai struktur seperti tebing batu,benteng pemecah ombak atau pun tiang2 jambatan.Popper berkesan digunakan ketika awal pagi dan lewat petang,malam dan ketika cuaca mendung.

Tuesday, November 13, 2007

Monday, September 17, 2007

Selamat Berpuasa

Trip memancing stop dulu di bulan puasa ni....lepas raya nanti baru ada trip baru....
P/S: Selamat berpuasa semua.......bagi lah pancing rehat jugak ya..he..he...he.

Sunday, August 12, 2007

Kenyir 2nd trip

Ikan lampam bermain kat tepi resort je...

Ni bot yang aku guna untuk keluar memancing..pandu sendiri..he..he..he..

Ni port depan bilik aku..port memancing bagi yang malas nak naik bot.

Permandangan Rakit Peradise resort.. simple je.. tak ada lah mcm 5 star hotel. sekadar basic je... Kat sini HP pun tak ada line..jauh kedalam hutan.. tapi best... bila malam tak ada dengan bunyi kenderaan. sejuk..udara nyaman... bila bernafas rasa macam luas je lubang hidung ha..ha..ha..

Aku & the geng dengan hasil tangkapan....he..he..he yang lain tu dok melayan anak kaloi je..

Trip kali ni kira OK lah dari trip yang lepas... banyak jugak lah ikan yang dapat. Ikan kelas A kita orang suruh org kat resort tu masak menjadi santapan tengahari kami..he...he..he.. masak stim..best......

Tuesday, June 19, 2007

Memburu Toman di tasik kenyir

Ni permandangan House bot yang kami naik...

Sekor ikan toman kena kenduri... buat lauk makan malam...








Operasi memangil ikan oleh abang tekong kami...tabur umpan sawit panggil ikan lampam..





Memacing kat tepi house bot je... seronok pasal tak mabuk macam kat laut



Ni lah peralatan perang kami nak melawan toman




Trip kami kali ni disertai oleh 11 org... kami bertolak dari jety sungai gawi pukul 11am dan sampai ditempat memancing pukul 2pm. Nama tempat kami memancing ialah mandok satu pulau di tasik kenyir..

Monday, May 14, 2007

memancing pantai


Lontanran nak kena kuat dan tepat...kena ada skill baru boleh pergi laju dan jauh

Joran untuk memancing pantai..panjang 15kaki...jenis Abu gracia