Tuesday, July 22, 2008

dari melaka ke terengganu 2 dalam 1

Pada 17hb aku ada audit di Taiko drum melaka.. Biasa lah kaki pancing tak akan melepaskan peluang yang ada. Jadi pada malam 17hb tu pukul 9pm - 12am aku dan kawan aku Aide memancing di kolam Mat jeff alor gajah melaka. lokasi kolam tu memang bagus tepi jalan. ikan boleh tahan juga.. sepanjang malam tu aku sendiri dapat 3 tarikan hebat.. 2 putus cuma 1 saje yg dapat didaratkan.. Keli seberat 5.2kg ( gmbar lupa nak ambik).. ikan ni aku jual kat tuan kolam dapat lah RM2 he..he..he. Tapi apa yg penting bagi kaki pancing adalah kepuasan melayan ikan.

Kawan aku dapat patin seberat 4.5kg . kami berangkat ke A'farmosa pukul 12am. kerana esok kami ada audit.. nanti kantoi.. tidor kat dalam meeting he..he..he

Pada 18hb july selepas audit kami pun berangkat pulang ke terengganu.. onthe way nak balik kami singgah dekat kolam "Blue Lagon" Johol tampin negeri sembilan... kat kolam ni lain pulak ceritanya.. kolam ni tokey akan beli ikan rm5 sekilo dengan syarat mata kail kena kat mulut ( bow - istilah yg dia pakai) he..he.he.. tak nak cerita panjang lah... saksikan gambar dibawah...



Kap atau tongan sisik halus seberat 6.5kg








Tokey kolam kat johol negeri sembilan




Patin seberat 4.5kg di kolam mat jeff alor gajah melaka....






Kalau berposing mesti tempat ada ikan he..he..he.he ni lepas meeting kat A'farmosa


Posing dekat kolam pancing A'farmosa resort... nak memancing tak dapat pasal kolam dah tutup