Thursday, May 8, 2008

Trip memancing di Kuantan

Tahun ni trip memancing KTSB berlangsung di kuantan pahang. Aku bertolak dari rumah seawal 730am terus ke optimal pickup kawan 2org kat sana lepastu sampai lah kat KTSB ( check point). Peserta yang lain pergi kekuantan menggunakan kenderaan yg disediakan ( Bas) tapi aku dengan geng aku 3 org naik kete sendiri..

Sampai kat jeti Peramu kuantan lebih kurang 1120am.. selepas mendengar taklimat lebih kurang 30min kami semua terus bertolak ke lokasi memancing. Tahun ni 7 bot yang turun memancing. Tekong bot aku nama abg mie era....nama glamor tu.

aku org pertama mendapat ikan menggunakan teknik trolling.. keluar je kuala aku terus melabuhkan rapala aku.. lebih kurang 1 batu dari kuala kuantan rapala aku disentap kuat oleh ikan.. apa lagi aku bagi isyarat kat tekong bot supaya berhentikan bot. lebih kurang 10min aku berjaya menewaskan ikan barakuda ( alu-alu) seberat 5kg terus menobatkan aku sebagai pemenang ke3 ikan terberat individu...








Rapala ada lagi terlekat kat mulut ikan tu.he..he..he rapala baru beli

Coral(batu karang) pun boleh naik aku pun hairan batukarang ni makan umpan ke apa he..he..he tapi mmg cantik ianya hidup...lepas tangkap gambar ia dilepaskan balik untuk menjaga habitatnya


Org sini panggil yu bodoh ni pun lepas ambik gambar dan timbang kami lepaskan


Permandangan laut yg tenang..kat atas pelampung tu ada burung camar he..he..he


Tak ada keje nak buat sembang lah pasal reel klasik




Tempat ke3 je....he..he..he.he

Ni peserta kat dalam bot aku.. aku lah kapetennya..he..he..he.he